i & Lifestyle

10 Perkara yang dibuat semasa Cuti Semester

randomness_thumb[2]
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hai all.. Assalamualaikum.. 23 Jun 2012.. Bermula nya cuti semester bagi pelajar universiti seperti UM, UKM dan lain lain yang turut sama cuti.. Ada universiti yang cutinya lewat seminggu..

 Yang bestnya tahun lepas cuti 4 bulan , tahun ni cuti 2  bulan lebih.. bulan 9 nanti masuk semula untuk mereka yang belum habis pengajian…  So, apa yang boleh di buat masa cuti semester?  Meh kita tengok..

 

1 ) Kerja

Ramai yang fikir nak kerja bila cuti semester. Tapi yang syok kalau duk kerja dekat negeri negeri yang dibayar mahal . Ye la semua nak kumpul duit kan, mesti la nak gaji RM800-1000 sebulan.. Kerja kat midvalley mesti dapat dalam lingkungan tuh, tapi kalau kerja kat kampung? rasanya 400-500 je dapat.. ye dak..? penat melebihi kerja tapi gaji? hai laaaaa… Mujur aku kerja ngan internet je, tak lelah sangat, walaupun gaji dah turun..=(

 

2) Melancong

Ha, bagi setengah orang dia dah banyak duit.. time cuti ni kerja dia melancong je. tak perlu kerja macam orang lain. Tapi best jugak, kalau yang jenis kaki travel tuh mesti banyak plan nak gi macam macam tempat. Plan jangan tak plan. Jangan pulak nanti penat penat plan, satu tempat pun tak jalan.. almaklum la.. dah cuti, mesti ada sifat MALAS..

 

3) Jadi suri rumah tak bergaji

Cuti 2 bulan adalah masanya untuk korunk spend time bersama keluarga. Ramai yang suka duk rumah sebab nak berkumpul dengan family, buat aktiviti bersama family. Yang pasti ibu bapa la paling happy bila anak balik rumah. Apa lagi, jangan la goyang kaki, tolong la mana patut ringan kan kerja ibu nak nak bagi perempuan. Ini tidak, mengadapt fb je kojenye.. huhu.. Takpe takda gaji pun , janji ibu bapa happy kan?

 

4) Belajar memasak..

Ini khas ditujukan pada mereka yang bergelar perempuan.. tapi lelaki kalau nak belajar masak pun tak pe.. lagi bagus.. Ini lah peluang untuk anda belajar memasak dengan ibu atau dengan chef google. Sekarang hangat dengan Masterchef Selebriti, kalau nak belajar resepi masterchef selebriti pun boleh, pergi je kat laman web Astro.. Kat sana mungkin ada.. Hehe.. Kalau rasa tahun depan dah nak kahwin, elok la belajar masak ye..tak le kebulur bakal suami kamu tuh nanti.. haha

 

5) Gathering dengan kawan kawan sekolah

Part ni macam best.. Biasa cuti macam ni la peluang nak jumpa balik rakan rakan sekolah. Yer la bila dah belajar kat U semua bukan sama U. Cuti 2 bulan termasuk bulan ramadhan. Untuk mereka yang suka buat gathering apa kata buat iftar bersama rakan rakan sekolah.. lagi syok!.. Tapi jangan lupa pulak terawih nya ye…

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

 

6) Goyang kaki, goyang lutut, lepak..

Ini paling ramai yang suka.. Habis semua bergoyang.. goyang kaki, goyang lutut, .. Balik cuti nak jadi putera dan puteri raja je.. Duk umah , makan, tengok tv, lepak.. Kerja dalam rumah 1 pun dia tak buat.. baju pakai semua mak buat.. teruk betul perangai.. Ni biasa orang cakap lelaki, tapi perempuan pun ada sebenarnya.. So mana maan lelaki ke perempuan sama je!..

 

7) Berdating 24 jam..

Pasangan yang berlainan universiti tapi sama kampung mesti gunakan peluang ni untuk spend masa bersama pasangan tersayang.. Biasa la dah lama tak jumpa konon nya..tapi harus diingat, jumpa jumpa jugak, jangan gatal duk buat maksiat.. dan jangan pula lebihkan masa dengan pasangan berbanding dengan family.. Walau macam mana pun, family kena jadi keutamaan..

 

8) Buka gerai dekat bazar ramadhan.

Memandangkan cuti dua bulan ni termasuk ramadhan seperti aku cakap tadi, elok jugak kalau korunk ambil peluang berniaga di bazar ramadhan. Uish, bazar ramadhan la bulan yang untungnya berlipat kali ganda, sebab nafsu makan manusia berganda ganda time tuh. Kalau kat Terengganu, perkara paling baru masa tahun lepas adalah jual murtabak maggie, walhal kat negari lain dah bertahun orang jual.. Hehe.. So korunk boleh amik peluang ni untuk berniaga di Bazar Ramadhan.. Ajak la mak, kakak, adik or sesiapa yang pandai masak, tolong masakkan.. or mintak la resepi..  tapi jangan lupa tempah tapak tuh ya, kang takde tempat plak nak berniaga..

 

9) Ambil Special semester / Short Sem

Ada setengah course di tawarkan short semester, ada setengah course tak ada ditawarkan short semester. Ada yang nak buat short semester, tapi course tak tawarkan dan ada yang tak nak buat short semester tapi terpaksa buat untuk cepat grad. Macam macam hal. Tapi untuk mereka yang terpaksa buat short semester, mesti sedih kan cuti 2 bulan tak sama macam orang lain yang duk kat rumah.. Sabar ya~

 

10) Mantapkan blog untuk mereka yang memiliki blog

Last but not least, specific pada mereka yang ada blog. Sebelum ni alasan blog tak berupdate adalah sebab takda masa, busy stady,… So sekarang dah boleh teruskan update blog la ya.. Sambil tuh belajar la selok belok blog, html semua tuh, nanti senang.. Apa apa buat sendiri..

 

Apa apa pun, just enjoy apa yang korunk akan buat.. nikmatinya.. tapi berpada pada.. Selamat bercuti untuk pelajar Universiti.. Jaga kesihatan, jaga diri, jaga keselamatan..=)

 

#

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network